Setinggi-tinggi pelajaran, agama lagi penting .. kenapa biasanya kita sebagai hamba yang serba kekurangan selalu mencaci maki insan yang lemah dengan kata-kata kesat.. kadang-kadang binatang yang tidak bersalah pun diserunya juga.. terutamanya badak pink tu lah .. ingat !! kata-kata itu suatu doa .. bila bicara soal akal .. itulah yang membezakan kita antara haiwan ..
Apa itu akal ? mengikut keterangan wikipedia, jelas mengatakan akal suatu peralatan rohaniah manusia yang berfungsi untuk membezakan yang mana baik, yang mana buruk.. gunalah akal.. Allah swt telah mengurniakan akal kepada setiap manusia untuk mereka menggunakan nikmat pemberian tersebut dengan sebaik-baiknya dalam meniti kehidupan di atas muka bumi ini. Dengan adanya akal manusia mampu mentadbir alam ini dengan sempurna supaya kehidupan ini mampu dilalui dalam keadaan yang harmoni dan teratur. Namun kadangkala akal pemberian Allah swt ini disalahgunakan tanpa rasa berdosa kepada penciptanya..
Akal memainkan peranan penting dalam memahami syariat Islam. Dengan adanya akal yang waras segala hukum mampu difahami oleh umat Islam. Namun akal yang dikurniakan itu perlulah selari dengan tuntutan al-Quran dan al-Sunnah tanpa sebarang pertikaian. Sesungguhnya tidak salah untuk mencari hikmah-hikmah di sebalik intipati al-Quran dan al-Sunnah tetapi untuk melangkaui batas-batas al-Quran dan al-Sunnah merupakan perkara yang dilarang dalam Islam.
'Man Ana' - Siapa Saya ? siapa kita depan Tuhan ...? tanggungjawab kita dengan Allah ialah untuk mengabdikan diri kepadaNya.. gunakan akal yang dikurniakan itu sebaik-baiknya.. bersyukurlah kita dilahirkan sebagai umat Islam.. mohonlah hidayah daripadaNya .. insyaAllah .. Sesungguhnya , Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengasih..
Segala puji bagi Allah .. Allahu Akbar !!
Monday, 29 July 2013
Saturday, 13 July 2013
Soal Cinta
Bila seseorang itu mabuk cinta, dia dah tak sedar, tak nampak, dan tak pasti. Yang dilihat hanyalah yang indah-indah sahaja dalam percintaan. Ketika itu, jangan hairan kalau ada remaja yang sanggup melupakan ibu bapa yang telah menjaganya selama 20 tahun lebih hanya kerana jejaka atau gadis yang baru dicintainya selama dua bulan. Malangnya, tidak sampai setahun kadang-kadang cinta itu telah bersepai dan masa tu barulah remaja tersentak. Siapakah yang sebenarnya mencintai dirinya .. sekali gus sedar siapakah yang harus dincintainya ? Ingatlah kata-kata hukama. Untuk bahagia, cintailah sesiapa yang mencintai anda, bukan sesiapa yang anda cintai.
Bukan sekolah or tempat awam jer yang ada peraturan ... Bercinta pun ada ..
"Hendaklah cinta kita itu berdasarkan kepada cinta Allah"
Maksudnya kat sini, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Gunakan fitrah yang Allah bagi tu untuk menghampirkan diri kepadaNya. Cintailah sesiapa pun tapi pastikan cinta itu lebih memudahkan kita untuk mencintai Allah. Pendek kata, cinta antara dua insan lain jantina itu mestilah diniatkan kerana Allah s.w.t.
Cinta umpama hadiah daripada Allah. Kita gembira dan suka apabila menerima hadiah. Tapi, wajarkah hadiah lebih dicintai daripada pemberi hadiah? Jawapannya, tepuk dada, tanyalah iman dalam jiwa. Mestilah tak kan .. tapi malangnya, apa yang berlaku kadang-kadang nyanyian yang mendalam dan filem kadang-kadang sampai ke tahap mempertuhankan cinta. Seolah-olah cinta tu lah segala-galanya.
Salahkah bercinta ? Tidak, bercinta memang tidak salah. Bercinta adalah fitrah tabii yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah naluri setiap manusia. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad memerlukan makanan. Namun, Allah kurniakan rasa cinta bukan secara kosong je, tapi berperaturan. Rasa cinta tidak salah, tapi kesalahan selalu berlaku ketika menjalinkan hubungan cinta. Kat sini lah berlakunya Cinta Terlarang.
"Kami bercinta kerana Allah." kerap kita dengar orang bercinta kata cem ni kan.. Tapi, adakah kamu tahu bercinta kerana Allah tu macam mana? Iringilah dengan niat untuk bernikah secara sah kerana pernikahan itu lebih memudahkan seorang lelaki dan perempuan menyempurnakan agamanya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu., maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi." (Riwayat al-Baihaqi)
Hah ! oleh itu, tak perlulah bercinta hanya sekadar untuk bersuka-suka dan tak serius. Tangguhkan dulu. Belajar tinggi-tinggi .. banggakan mak ayah dulu .. Katakan pada diri "aku hanya tertarik atau minat". Simpan dan pendam perasaan itu dalam jiwa sedalam-dalamnya. Jangan sesekali kamu luahkan hanya untuk mengundang reaksi.
Urmm.. tapi macam mana ek kalau orang sebelah sana tuh serius ? Mudah jer, tak perlu bercinta kerana kasihan. Kalau kamu bercinta kerana kasihan, kamu akan merosakkan diri kamu sendiri dan orang yang kamu kasihan itu. Memang besar perbezaannya antara cinta dengan kasihan. Kita boleh kasihkan orang yang kita cinta. Tetapi kita tak boleh cinta kepada orang yang kita kasihakan.
Paling buruk lagi, jangan pernah ada niat yang jahat dalam bercinta. Sama ada hasutan nafsu atau pujukan syaitan, saja suka-suka, sebagai spare tyre (manalah tau kalau2 nanti diperlukan). Kalau takde niat nak bernikah, hanya saja-saja pasti cinta itu bukan kerana yang Esa. Hakikatnya, cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-dua belah pihak. Cinta spesis ini seburuk namanya - cinta monyet, cinta anak anjing (puppy love), cinta kilat, dan sebagainya.
Kisah cinta monyet ni slalu berlaku dalam kalangan remaja bukan .. istilah couple digunakan .. Amat menyedihkan apabila ada yang sampai sanggup nak bunuh diri disebabkan putus cinta.. ini lah dia bila orang tengah mabuk perasaan. tahap IQ pun jatuh. Sebab segala benda fikir dengan hati dan perasaan semata. Dah tak ikut landas apa-apa. Dan ketika itu, hah! mulalah makhluk yang bertanduk dua tu pun pasang jarum. Boleh menimbulkan dendam dan sebagainya. Ini yang dinamakan romanticism : a weapon of satan.
Aku tau, bukan semua remaja masa kini yang macam ni kan .. But this is nowadays students.. Cinta ni jangan buat main, sebab ini soal hati dan perasaan. Tiada istilah couple dalam jati diri seorang pelajar.. Kalau seseorang itu mempunyai jati diri yang kuat, insyaAllah.. takkan terjebak dengan hal negatif ..
Thursday, 11 July 2013
Doa Selepas Solat
Orang tidak mungkin mencapai tingkat muttaqien, apabila tidak berilmu, dan apa guna ilmu apabila tidak dibuktikan dalam perbuatan.
Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Ampunkan segala dosa-dosa yang telah kami lakukan, dosa kedua-dua ibu bapa kami, guru-guru kami, dan keluarga kami sesungguhnya, Engkaulah yang Maha pengampun lagi Maha penyayang.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Sinarilah hati kami dengan iman yang teguh, jiwa yang khusyuk lagi tenang, amalan baik yang berterusan, kefahaman yang tajam, serta ilmu yang bermanfaat, di dunia dan di akhirat.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Jadikanlah kami pelajar yang berakhlak dan berdisiplin, menghargai masa, memelihara maruah dan kehormatan diri, beradab dengan guru dan rakan-rakan.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Sesungguhnya, Engkaulah yang menciptakan kami, maka, tunjukkanlah kami jalan yang benar, jauhkanlah kami daripada melakukan dosa, suburkanlah iman kami, bentuklah akhlak kami dengan akhlak yang terpuji, seperti akhlak Rasulullah s.w.t. Jadikanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah berjaya di dunia dan di akhirat. Kau permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan di akhirat.
YA-ZALJALA LIWAL IKRAM (3X)
Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa fil 'akhirati hasanatan waqina 'adhaban-nar
Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa fil 'akhirati hasanatan waqina 'adhaban-nar
Wednesday, 10 July 2013
Nikmat dan Musibah Ujian Kehidupan
"Hidup ini bagaikan roda, kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah" .. Mesti ramai yang pernah dengar kata-kata ni kan .. Kehidupan ini memang penuh dengan dugaan .. tak kiralah sama ada besar atau kecil .. Yang penting kita harus lalui dengan tenang dan penuh kesabaran .. Saat kita berada di atas, bersyukurlah kepada Allah s.w.t kerana memberi peluang untuk kita menikmati kebahagiaan.. tapi jangan lupa suatu hari nanti kita akan berada di bawah.. kerana Allah s.w.t berhak menarik semula segala nikmat yang kita peroleh.. saat kita berada di bawah, jangan berputus asa dan tidak putus-putus berdoa untuk jadi yang terbaik ...
Nikmat merupakan semua bentuk kesenangan dan musibah merupakan semua bentuk kesusahan. Kedua-dua keadaan ini ialah ujian daripada Allah s.w.t bagi menguji keimanan hambanya. Firman Allah s.w.t surah al-Mulk 2:67 yang bermaksud "Dialah (Tuhan) yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang paling baik amalannya? dan Dia perkasa lagi Maha pengampun".
Apabila kamu menghadapi sebarang musibah seperti kematian, kesakitan, kelaparan atau kehilangan sesuatu yang amat disayangi, bersabarlah kelak Allah akan beri sesuatu yang lebih baik untuk kamu. InsyaAllah.. Mukmin sejati yang yakin akan Qada' dan Qadar Allah s.w.t tidak mudah berputus asa. Pada masa yang sama dia akan berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t kerana mungkin musibah tersebut balasan ke atasnya akibat dosa-dosa yang dilakukannya. Kesabaran dan keredhaan ialah senjata yang paling ampuh untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan cabaran.
Mukmin yang berjaya ialah mukmin yang bersyukur atas nikmat kurniaan Allah dan bersabar menempuh segala musibah yang menimpa. Ucaplah "Alhamdulillah" ketika kamu diberi nikmat dan ucaplah " Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un" ketika kamu ditimpa musibah.. Semoga hidup ini diberkati Allah s.w.t ..
Subscribe to:
Comments (Atom)

