"Hidup ini bagaikan roda, kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah" .. Mesti ramai yang pernah dengar kata-kata ni kan .. Kehidupan ini memang penuh dengan dugaan .. tak kiralah sama ada besar atau kecil .. Yang penting kita harus lalui dengan tenang dan penuh kesabaran .. Saat kita berada di atas, bersyukurlah kepada Allah s.w.t kerana memberi peluang untuk kita menikmati kebahagiaan.. tapi jangan lupa suatu hari nanti kita akan berada di bawah.. kerana Allah s.w.t berhak menarik semula segala nikmat yang kita peroleh.. saat kita berada di bawah, jangan berputus asa dan tidak putus-putus berdoa untuk jadi yang terbaik ...
Nikmat merupakan semua bentuk kesenangan dan musibah merupakan semua bentuk kesusahan. Kedua-dua keadaan ini ialah ujian daripada Allah s.w.t bagi menguji keimanan hambanya. Firman Allah s.w.t surah al-Mulk 2:67 yang bermaksud "Dialah (Tuhan) yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang paling baik amalannya? dan Dia perkasa lagi Maha pengampun".
Apabila kamu menghadapi sebarang musibah seperti kematian, kesakitan, kelaparan atau kehilangan sesuatu yang amat disayangi, bersabarlah kelak Allah akan beri sesuatu yang lebih baik untuk kamu. InsyaAllah.. Mukmin sejati yang yakin akan Qada' dan Qadar Allah s.w.t tidak mudah berputus asa. Pada masa yang sama dia akan berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t kerana mungkin musibah tersebut balasan ke atasnya akibat dosa-dosa yang dilakukannya. Kesabaran dan keredhaan ialah senjata yang paling ampuh untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan cabaran.
Mukmin yang berjaya ialah mukmin yang bersyukur atas nikmat kurniaan Allah dan bersabar menempuh segala musibah yang menimpa. Ucaplah "Alhamdulillah" ketika kamu diberi nikmat dan ucaplah " Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un" ketika kamu ditimpa musibah.. Semoga hidup ini diberkati Allah s.w.t ..

No comments:
Post a Comment