Friday, 4 April 2014
Silam
Siapa suka bila diungkit kisah dulu yang pahit… That kind of story sering dicuba untuk dilupakan.. Kita membesar menjadi dewasa seiring dengan masa.. Pada ketika kamu gembira, akan ada saatnya kamu bersedih.. Bila disingkap kembali.. terkenangkan air mata yang mengalir.. Kegembiraan kian lenyap dengan perlahan.. siapa sangka bakal derita ketika gembira.. namun, hukama berkata ‘setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya’.. Penderitaan yang lalu jangan dikenang.. detik-detik kesusahan itu menjadikan diri kita lebih dewasa.. sabar itu memang pahit tapi manis akhirnya.. tak dinafikan kita hanya manusia biasa.. hati goyah jua di jalan muhajadah.. hati pasti merintih pabila sedih.. jiwa pasti terdera pabila berduka.. No pain, no gain – tidak ada kesakitan, tidak ada ganjaran.. Dunia tempat menyemai, di akhirat nanti kita menuai..
1. N. Ain Nasharudin – Apabila hati gembira semua perkara jadi senang, tetapi apabila datangnya hujan menutupi mentari semua yang sedih menutupi kegembiraan ini..
2. N. Husna – Kesedihan memberi 101 sebab untuk menangis, akan tetapi kegembiraan membawa 1001 sebab untuk tersenyum..
3. H. Humaira – The tides of the past should remain the past.. like the sand on the beach, nothing stays the same.. Let the waves sweep ashore new beginnings and move on ..
4. Luqman JB – Kesedihan memberi kita satu kesedaran di sebalik tangisan dan masa membawa kesedihan pergi.. no matter how, belajarlah untuk menerima dan melepaskan sesuatu dengan redha dan hati yang terbuka..
5. Sassin – Percayalah bahawa Allah S.W.T takkan menguji hambanya di luar kemampuan hambanya itu.. haruslah kamu sabar dan tabah dalam menempuh dugaan yang sementara demi kesenangan abadi..
6. N. Yasmin Ahza – Min rasa sedih bila umur yang sebegini muda menerima tekanan yang besar… rasa cemburu tu datang bila tengok kesenangan member-member lain.. terasa tersisih bila borak pasal sesuatu yang kita tak dapat nikmati.. macam orang besar cakap, life must go on.. jangan putus berdoa mengharapkan perubahan.. insya-Allah..
Persahabatan
Kebencian membawa padah.. lebih parah bila disalut dendam.. bila teringatkan zaman sekolah rendah aku, mesti ade je istilah Best Friend Forever a.k.a BFF .. hahaha.. bila dah naik sekolah menengah, yang dulu tu lenyap entah ke mana.. haih.. kalau difikirkan semula, mase tu aku masih mentah lagi.. mungkin tak kenal erti sahabat.. ade kalanye sampai sekarang pun masih ragu-ragu dengan istilah dan definisi sahabat tu..
Kata Pahrol Mohd Juoi, beliau menegaskan bahawa ‘mencari sahabat yang baik, sama seperti ingin mendapat isteri yang solehah.. keinginan dan cita-cita sesiapa pun ada, tetapi untuk mendapatkannya agak sukar.. sesukar mencari gagak putih..’ dan yang paling aku ingat laa bijak pandai pun ada kata ‘jadilah soleh, insyaAllah akan datang solehah untuk kita’ so, sama jugaklah dalam konsep persahabatan ‘jadilah sahabat yang baik, bukan carilah sahabat yang baik.’
Kalau kita nak berubah kearah yang lebih baik, cuba check semula siapa yang ada di sekeliling kita.. Nabi Muhammad s.a.w pernah berpesan, ‘agama seseorang ditentukan juga oleh siapa sahabatnya?’.. so, kalau kita nak tukar komitmen kita dalam beragama, kita perlu menukar ‘sahabat’ kita.. kalau bersamanya kita tak bertambah baik tambah lagi kadang-kadang tu merosak, jangan takut untuk tinggalkan dia..
Tapi agak-agak la pun kalau nak tinggalkan dia.. jangan sampai hati dia terasa atau terluka.. jaga perasaan dia.. bukan sebab takutkan sikap jahat dia berjangkit kat kita tapi lebih baik jangan jahat kita pulak yang berjangkit pada dia... Beliau (Pahrol Mohd Juoi) ada juga memberi perumpamaan ‘persahabatan itu umpama sebuah perkahwinan. Jika sudah tidak serasi, maka bercerailah’ .. tapi nak cerai tu biarlah dengan cara baik dan jangan sesekali wujud perasaan membenci.. mungkin si dia tu akan hadirnya seorang sahabat yang lebih baik daripada kita dan begitu jugak dengan kita..
Tau tak ape Nabi Muhammad s.a.w buat bile berhadapan dengan makanan yang baginda tak suka? Baginda akan tinggalkan makanan tersebut tapi sikit pun baginda tak mengecam makanan tu.. agak-agak kita la eh, mesti dah kritik panjang lebar, bidas itu ini tambah lagi mencela pulak makanan tu.. haih.. muhasabah diri.. mungkin Nampak macam takde kene mengena dengan konteks persahabatan ni.. tapi aku anggap sebagai panduan.. tinggalkan ape yang kita tak suka tapi jangan sesekali membenci.. Ingat!! BENCI ITU VIRUS DALAM HATI DAN EMOSI.. Padahal keseronokan, keceriaan, dan indah-indah itu ade je di mana-mana tapi si pembenci takkan dapat melihat malah merasanya..
Why must we divorce somebody as a best friend? Liku kehidupan.. wujudnya pelbagai jenis manusia untuk menguji kita.. kalau ditakdirkan manusia yang macam tu pandai bermuka-muka. Kau dapat rasekan die tu sebagai seorang sahabat, so kau longgokkan semua kepercayaan, amanah dan kesetiaan pada die.. (macam tu lah kan dalam konteks persahabatan?) Ooohh !! kalau macam tu lah jadinye, kau seolah-olah bagi die ‘senjata’ paling bahaya untuk tikam diri kau sendiri.
Jangan lah sekali-kali kau lupa, kesalahan paling besar dalam perhubungan bila kau anggap pandangan, persepsi, rasa hati dan fikiran orang lain sama dengan kau. Itu silap besar. Jangan silap beri amanah. Hanya sebab senyuman dia yang manis, pujian yang tinggi melangit, simpati dan empati yang melimpah, kau kalah. Tak berupaya nak kata tidak, even dia dah hancurkan benteng hak kau yang sangat peribadi..
Dengan bertopeng-topeng, kau akan sentiasa dieksploitasi dan dimanipulasi.. Jaga-jaga !! kesabaran tak menafikan kebijaksanaan. If kau terus pendam, same je macam simpan musuh dalam selimut.. kalau kita kuat, sabar dan tabah insyaAllah indah akhirnya.. tapi if hati, jiwa, perasaan kau rosak sebabnya, jarakkan diri.. jangan sabar membunuh kebijaksanaan dan kewarasan..
Ada yang bertanye.. cerai dalam sahabat tu ape maknenye? Eh, jangan salah faham pulak.. bercerai tu bukan maksudnya putuskan hubungan silaturrahim.. berat dosanye weii.. cerai tu maksudnya kau letakkan satu jarak yang lebih jauh daripada sebelumnya antara kau dan dia.. tak salah ade ramai sahabat.. tapi kita kene pandai kategorikan diorang ni.. ceh.. kene ke macam tu? .. terpulanglah la kalau nak buat ke tak.. untuk sahabat yang ini kita kasi jarak yang macam ni, kite kongsikan perkara tertentu je.. untuk sahabat yang tu pulak jaraknye macam ni, kite kongsi pulak perkara lain.. jangan lah bendul sangat.. maksud aku bukan kau kene bagitau die ‘eh kau kalau dengan aku please 5 meter dari aku’ ‘kau pulak, dekat kurang semeter pun takpe’.. haishhh ni dah tahap kritikal dah ni..
Hubungan sesame manusia ni perkara ‘jangan lakukan’ lebih utama dijaga kalau nak dibandingkan dengan hal ‘hendaklah dilakukan’. Jangan mengumpat orang, lebih utama dijaga daripada menolong orang.. jangan hasad dengki lebih patut didahulukan daripada rasa simpati dan empati. Jangan membenci mesti dipentingkan daripada menasihat.. Dalam Persahabatan; Jangan meruntuh itu lebih baik daripada membina!
Aku pernah jumpe sorang insan ni.. dia ni memang suka tolong orang susah.. tapi bila orang yang dia tolong tu dah senang, dia mulalah timbul hasad dengki, mengumpat dan mencela di belakang.. betullah hukama ade mengatakan berasa susah dengan kesusahan orang lain itu sebenarnye agak mudah kalau nak dibandingkan untuk berasa senang dengan kesenangan orang lain.. nikmat itu selalunya dihasad..
Dalam persahabatan, kau mesti kene kenal antara kelemahan dan kejahatan.. yang lemah itu memang biasa – kau pun mesti ade kelemahan, shabat pun macam tu jugak.. jangan inginkan satu kesempurnaan.. kita bukan bersahabat dengan malaikat.. tapi dengan manusia 1001 kelemahan.. kadang-kadang tu kita terpaksa berhadapan dengan marah, rajuk, pelupa, pemboros dan macam-macam kerenah lahh.. semua tu patut kita lalui.. kasih tak menjadikan kita buta dengan kelemahan tapi sebaliknya terima dengan wajar..
Ape nak buat?.. sudah ‘jodoh’ kita dengan orang macam tu.. takdir.. sabar je lah.. seperti mana kita bersabar dengan die, macam tu jugaklah die bersabar dengan kita.. dia bermuhajadah.. kite sama-sama tahu ‘piawaian’ manusia yang syumul, tapi kitae sama-sama masih merangkak mencapai piawaian itu..
Untuk hadap masalah cem gini, pegang analogi ni .. hubungan kita dengan-Nya umpama hubungan tangan kiri dan kanan. Kadang-kadang tangan kiri kotor, tangan kanan pun kotor.. macam mane nak bersihkan kedua-duanya? Yes betul ! kita temukan dan bergeser antara satu sama lain.. itu yang kita buat mase cuci tangan kan..
Bersih jugak tangan tu kerana geseran itu rupa-rupanya saling membersihkan.. itulah hikmah geseran dalam persahabatan.. kelemahan kalaupun tak dapat nak atasi tapi dapat diterima dengan rela dan redha.. tapi kene hati-hati.. hah! Dengan kejahatan terutamanya kalau ada orang yang dah plan nak gunakan kau, laga-lagakan kau, sekat laluan, sabotaj dan paling malang kalau dah berani melampaui batas dengan taktik memijak kau untuk melonjak diri sendiri atau agenda yang tersendiri..
Ni dah bukan kelemahan namenye.. ni dah kira satu kesalahan.. berdoalah agar dijauhkan orang yang sebegini… kita tak boleh sesekali membenci tapi jangan lah pulak disengat oleh kebencian berkali-kali. HIDUP TERLALU SINGKAT UNTUK MEMBENCI bukan?..
Jagalah Allah dalam perhubungan dengan selalu menjaga syariatnya dalam persahabatan.. Biarlah hukum halal, haram, sunat, makruh, harus itu sentiasa dijadikan rujukan.. ke situlah kita merujuk bila berhadapan dengan masalah.. dalam hubungan sesame makhluk, Khaliq mestilah menjadi pengikatnya. Iman itu mengikat hati manusia umpama ‘simen’ yang melekatkan batu bata.. kalau simen takde, mana kan batu bata tu akan tersusun dan berpadu.. Jangan melupakan Allah dalam memburu kasih sayang manusia sebab dengan melupakan kasih Allah, kita akan gagal merebut kasih manusia.. bila melihat kebaikan sahabat, rasailah itu hakikatnya kebaikan Allah.. tapi bila melihat kejahatan atau kelemahannya, percayalah.. itulah cara Allah menguji kita.. dengan itu, mudahlah kita hapuskan sengketa.. Renung-renungkanlah..
Sumber: nukilan dari karya Pahrol Mohd Juoi (Diubahsuai mengikut penulisan pemilik blog)
Friday, 14 March 2014
Sesalan Permohonan
Ini kisah aku..
selepas percubaan upsr dulu, aku ade mohon sekolah berasrama under Axiata
Scholarship dan diberi 6 pilihan sekolah.. time ni aku tak pikir panjang.. main
klik je name sekolah yang aku rase namenye chantek.. Kolej Yayasan Saad Ayer
Keroh Melaka.. aku langsung tak tau pun latar belakang sekolah ni.. tak silap
aku, aku sorang je yang mohon biasiswa tu kat sekolah.. tuptup! Ade surat untuk
aku dari Axiata.. cikgu sekolah yang bagi.. agaknya surat tu dihantar ke
sekolah kot.. Jemputan ke Residence Based Selection (RBS).. eh mestilah pegi..
Sampai je sane.. Mak ai!! Rupenye sekolah swasta.. besar kowttt.. Dewan dah macam tempat Istana Budaya nak buat theater.. lebih kecik la.. Sane sini speaking English je.. gerun pulak aku.. aku ni bukan mahir sangat berbahasa Inggeris ni.. jawab soalan exam boleh laa.. semua peserta RBS dikehendaki stay situ 4 hari 3 malam.. Macam-macam spisis student aku jumpe.. Very talented woo!!.. o.O Ade yang jadi pengacara tanpa skrip, menyanyi di khalayak ramai, main instrumental piano, violin, guitar, drum, saxophone.. aku? O-O.. heee duduk kat kusi jee.. tengok diorang dari atas.. Kate pengurus Axiata.. kami merupakan 130 students yang terpilih dari permohonan seluruh Malaysia dan hanya 30 students yang terbaik sahaja yang akan menerima biasiswa.. Aku time ni dah putus asa sebab nampak kehebatan budak-budak laen.. So, follow je la telunjuk diorang akak and abang fesi .. Siyes time ni best sangat even 4 hari je.. Speaking tak berhenti.. terbelit woii lidah aku nii.. Sampai nak cakap Melayu pun dah macam gagap je.. itulah jadi bilamana diri dipengaruhi keadaan sekeliling.. Bedal je lah even dah rosak English aku.. Blaja dari kesilapan.. Macam-macam aktiviti kiteorang buat.. Baru rase hidup di asrama.. Modern..
Sampailah hari ketiga mase untuk jumpe lecturer for interview.. partner by partner.. menggigil aku masuk bilik tu.. Kene speaking je time introduce diri sendiri.. pastu aku cem gagap.. then lec kate you boleh cakap melayu kalau tak tahu the word tu.. aku ape lagi.. kasi rojak je laaa.. hahaha excited sehh.. taklah sesusah mane.. yang penting kene confidence.. aku n partner aku antara peserta yang agak lama laa dalam bilik lec tu.. gelak-gelak, ade mase siries.. huishh tak sangke betul.. ingatkan tak boleh buat.. habis je bertapa kat sane, yeah !! It’s time to go home..
Beberape minggu kemudian.. ade surat untuk aku dari Axiata.. aku dipilih untuk menerima biasiswa sebanyak RM30,000 setahun tu.. OMG!!!! MasyaAllah nak pengsan dibuatnya.. pertama, memang tak sangka.. kedua, aku pegi RBS tu sebab nak enjoy sebab dah putus harapan lepas tengok talented student kat situ.. Ketiga, aku takde niat pun nak jadi student kat situ.. ade mase seminggu je nak fikir kalau tak biasiswa tu melepas pada student lain.. Akhirnya.. aku muktamadkan keputusan aku.. AKU TAK MAU !! Ape sebabnye.. cukuplah hanya aku sorang saje yang tahu..
Seterusnya, aku dapat tawaran masuk
Maktab Mahmud Alor Setar.. Alhamdulillah.. Sekolah agama aku dapat.. Sedih :’(
.. Tak lame aku tahan kat situ.. Jadi perlarian selepas 2 minggu.. tapi aku
dapat rasekan betapa bermakne dan manfaatnye hidup waktu aku kat sane dulu..
perkara yang aku tak pernah nak kesah, dah jadi something yang paling penting..
Nak huraikan satu-satu memang tak tidur la aku jawabnye… so, nak dipendekkan cerita..
Dalam mase 2 minggu tu ade kem ape tah.. tak silap pemantapan solat kot..
MasyaAllah!! Seronok betull.. mule2 nak pegi memang rase menyampah .. ishh
apehal laa aku nak kene join sume mende ni.. Alhamdulillah.. selame 3 hari 2
malam bertapak kat situ terasa sayu je hati ni.. waktu nak balik asrama semula
entah kenapa terasa sebak sangat tak mau tinggalkan kem tu.. anak sungai
mengalir ke pipi.. Haishhh.. perasaan ape ni.. bukan ke memang kau taknak pergi
kem ni.. apehal jadi macam ni.. Be strong Skyper.. Jangan mengalah..
Kesudahan ceritenye, aku dapatlah
pulang ke rumah yang terchenta.. bagaikan tidak percaye.. Alhamdulillah.. 2
minggu lepas tu aku masih belum bersekolah selepas balik dari maktab.. genap
lah bulan pertama tahun 2012.. Moral of the story .. bila diberi peluang
pendidikan jangan lepaskan.. grab saje peluang tu.. jangan biarkan diri kita
gerun dengan orang lain.. atasi perasaan takut dalam diri.. baru boleh wujudkan
keyakinan dalam diri.. yang lemah tu boleh diperbaiki.. yang penting cuba..
sabar dan tabah.. tetapkan matlamat untuk berjaya.. Orang yang berjaya tidak
akan menjadikan penghalang itu sesuatu yang menghalang dia untuk berjaya..
tetapi orang yang berjaya akan menjadikan penghalang itu sebagai tapak untuk
dia mengecapi kejayaan..
Bulan dua aku masuk ke sekolah harian biasa.. di sinilah permulaan
langkah hidup remaja ku..
| ^_^ | -_- | >_< | peace no war
| ^_^ | -_- | >_< | peace no war
Thursday, 13 March 2014
Melangkah Alam Sekolah Rendah
Alam
persekolahan.. bila nak mengimbas kembali zaman ni memang terase payah.. macam
kene perah otak buat novel 360 mukasurat.. erghh!! Tapi taklah sesusah mane
pun.. bile dicubit terase sakit.. bile diungkit ingatlah sikit-sikit.. nak kate
aku nakal, macam tak je.. nak kate baik, macam prasan jee..
Mase darjah 1.. akademik aku number satu je sepanjang tahun.. haha ..
actually tak hebat pun.. bukan nak berlagak.. hah !! dengar la dulu story aku
ni.. aku ni seorang yang banyak cakap dalam kelas.. normal la tu kan.. dalam
kelas cikgu panggil pun aku tak perasan.. ‘Oi pekak ! amik buku kat depan ni’
o.O sentap oii.. even time tu budak lgai, tapi rase macam jatuh air muke aku..
haha..
Darjah 2 pulak, em time ni prestasi akademik aku jatuh gile.. even dilantik
sebagai pengawas sekolah, ujian subjek Sains aku paling corot dalam kelas..
before amik paper dari tangan tuan punye badan yang menanda.. Ha!! Dah siap
tulis dah kat whiteboard peratus markah dan bilangan rotan yang bakal
dikenakan.. tunggu punye tunggu cam nak berjanggut dah ni.. semua student lain
dah dapat paper kecuali aku.. ha sudahh !! maknenye aku yang terakhir la ni..
kirenye aku yang paling corot la ni.. huishh .. berderu darah ke muke.. tangan
dah menggigil.. tetibe cikgu amik maker tulis peratus dan bilangan rotan lagi..
rupenye, markah aku tu sampai tak tertulis di whiteboard.. rotan bukan main
panjang lagi.. nasib baik laa tak senipis lidi.. 13 kali kene rotan.. kat tapak
tangan laa.. peh!! Jadik kayu kat depan tu menahan kesakitan.. gile tak
sakit?!! Sampaikan aku nak genggam pun rase macam tangan ni kene lecur jee..
haha akibat sebab tak study.. ‘itu yang kau buat, hasilnya setimpal dengan ape
yang dikerjakan’..
Tapi cikgu tu memang aku
akan ingat la sampai bile-bile.. nak tau ape cito .. hehe .. ade satu hari tu, tanpa diduga tiba-tiba aku pengsan kat
sekolah.. bukan skali dua.. masuk yang ketiga.. pengsan sedar.. mase kejadian
waktu rehat.. seingat aku, time tu aku tengah ronda sekolah dengan member
setugas.. tiba-tiba tah macam mane boleh tumbang.. cikgu ni la yang angkat aku
ke bilik sakit (tingkat 2) angkat aku sampai patah !! kasut tumit die..
hahahaha.. kemudian beberape minit kemudian barulah aku sedar..
Kecoh la satu sekolah.. sampai kene bawak ke hospital.. tahan wad..
memang tak dapat lupe.. rupe-rupenye aku sakit’..em..’ (biarlah rahsia) bukan
pregnant okay.. setelah sekembalinya ke sekolah.. story ni jadi buah mulut
cikgu-cikgu kat sekolah tu.. disebabkan kejadian tu.. ceh.. cem famous jee..
hahaha.. mesti mule-mule ade yang fikir cikgu tu lelaki kan.. then bile sebut
pasal tumit tinggi tu haha.. dah sah-sah la seorang wanita.. kurus? Em tak
kot.. kalau kurus takkanlah dia boleh angkat aku tambah lagi kasut tumit dia
patah.. ^_^ sebab dia seorang guru yang garang aku sampai sanggup tak datang
sekolah sebab tak siap homework selepas tengok angin barat daya die tu.. dan
disebabkan sikap penyayang dial ah aku takkan boleh lupa die dan kasut tumit
tinggi yang patah tu..
Darjah 2 ni jugak lah tetibe wujud pulak puppy love yang macam vangang..
haih.. bile dah naik tahun 3.. takde ape yang menarik rasenye.. murid sekolah
kann.. ikut je semua telunjuk cikgu.. rasenye tahun ni aku baru berjinak-jinak
masuk bercerita kanak-kanak bawah 12 tahun..tapi bukan under sekolah la... aku
join event luar.. Alhamdulillah.. dapat sandang pingat emas..
Tahun 4.. emm nothing special.. tahun 5, sedih sikit.. dalam tahun tu
menyedihkan sebab cikgu mengata aku macam aku takde je kat situ.. tau la aku ni
masih mentah.. tapi bukan makhluk yang takde perasaan.. aku memamng nak join
team netball sekolah.. tapi disebabkan kejadian 3 tahun lepas yang menjadi
isu.. cikgu tu tak pandang langsung aku..
Bualan antara
cikgu.. ‘akak, budak tu tinggi, pilihlah die’ –‘taknaklah saye, asyik pengsan
je.. nanti menyusahkan je’
Aku yang duduk
betul-betul depan dia ni darah dah rase berderu ke muke, jangtung bagai nak
gugur.. sebak.. cerita 3 tahun lepas kenape nak diungkit.. akhirnya empangan
melimpah jugak.. anak sungai mengalir ke pipi.. sungguhlah rase sebak.. lari
masuk tandas.. member aku Nampak aku time tu.. die follow je aku dari belakang..
‘kenape ni?’ soalan diajukan.. tersedu-sedu aku nak jawab. ‘takde apelah’ –‘eh
mane boleh takde ape, dah tu kenape kau nangis macam baru lepas kene culik, cer
story dengan aku’
Aku pun crite
lah.. lega sikit hati ni.. sekurang-kurangnye ade lagi yang nak melayan aku..
esoknye waktu rehat cikgu netball tu datang jumpe aku kat kantin.. ‘nak masuk
netball tak’ wah !! tak sangka langsung die akan cakap macam tu.. ‘nak ! nak !’
–‘training petang ni pukul 3 kat dewan’ .. member aku yang sorang tu lagi la
syok.. katanya dapat berlatih same-same.. almaklumlah die kan tinggi.. cikgu
terus pilih dia.. selepas sekian lame aku jadi player netball tiba-tiba cikgu
tu ajukan soalan ape yang jadi 3 tahun lepas.. aku pun crite panjang lebar..
dari situ la hubungan aku dengan cekgu semakin rapat..
Darjah 6.. bak kate parent tahun ni
EXAM BESAR, bak kate cikgu SEKALI SEUMUR HIDUP, bak kate senior UPSR IS
NOTHING, bak kate aku PERANG GERILA BARU BERMULA.. haih.. da besar rupenye aku
ni.. antara tahun paling best la.. mane tak nye.. menggile jee.. dah jadi
senior la katekan.. rindu student-student yang same-same menggile time aku
ditugaskan jage kelas diorang.. sepatutnya aku yang kene jage keharmonian kelas
tu jangan buat bising.. last2 join skali party time kelas kelas diorang tu..
gile tak best ?!! sampai budak-budak tu taknak pengawas lain jage kelas
diorang.. hahaha.. terharu ^_^.. bermula lah exam UPSR.. selepas habis exam,
pasca UPSR.. zaman mentah yang tak seberape.. tapi penuh makne.. 2011
macam-macam kiteorang buat.. sampailah sudah masenye untuk menerima slip
keputusan upsr.. Alhamdulillah.. ape yang dikerjakan itulah hasilnya..
Cuti sekolah bermula.. time2 ni lah
student yang dah graduate dari sekoah rendah bertungkus lumus mohon sekolah
berasrama.. same jugak la dengan aku.. [bersambung di ‘Sesalan Permohonan..’]
Hambar Zaman Tadika
Zaman budak tadika.. Di Smart Reader Kids.. Mama and abah dah banyak keluar duit bayar yuran sekolah tu.. Time tu still 6 tahun.. tahun bertapaknye di bumi Putrajaya.. Aku tak berape ingat sangat pasal era kemajuan mase ni.. tapi ade satu moment yang susah aku nak lupe.. saat-saat memalukan kat situ..
Dalam kelas.. 6 Ariel.. time tu guru kelas tengah briefing ape tah.. semue student pun focus mendengar termasuk aku.. on that time, aku gelisah semacam.. and tak tahan untuk melepaskan sesuatu.. tiba-tiba bunyi seperti belon keluar angin kedengaran.. haha .. dah boleh teka kan .. terus kayu aku jadinye menahan malu.. betul la bak kate orang ‘bile kita cantik tak siapa tengok, bile kita kentot semua mata memandang’.. haha .. eh story belum habis lagi lah.. lepas tu, teacher tanya ‘whose that? Bunyi lori ke?’ .. dalam hati, alamak! Gila la aku.. tak tau malu seh kentot kat depan orang ramai, dalam kelas pulak tu.. soalan teacher tu aku iyekan aje.. hahaha.. then terus minta izin nak ke tandas.. muka tembok je mase tu.. lama oh aku kat dalam tandas.. bukan buat ape pon.. tengah pikir cara nak menutup malu.. teragak-agak nak keluar... ah lantak la ape nak jadi, jadilah.. takkan nak duduk dalam tandas ni sampai esok.. bukak je pintu tandas..
‘Oo mak pocot kau!! Teacher ! sorry’ Teacher berdiri betul betul depan pintu tandas.. mak ai !! tunggu aku keluar tandas ke?
‘you yang kentot kan tadi’
Diam..
‘next time jangan menipu lagi okay.. tak baik’
‘I’m sorry teacher’
Boleh pengsan aku dibuatnya dalam tandas tadi.. Kalau yang berdiri tu Tom Cruise takpe jugak.. Alamak! Melting tak beku pulak nanti.. LOL >_<..
Itu lah Antara kisah yang masih segar dalam slot memory aku.. hahaha.. better aku mengaku je waktu tu.. tak perlu cover malu bagai nak cari 1001 alasan.. learned lesson..
Dalam kelas.. 6 Ariel.. time tu guru kelas tengah briefing ape tah.. semue student pun focus mendengar termasuk aku.. on that time, aku gelisah semacam.. and tak tahan untuk melepaskan sesuatu.. tiba-tiba bunyi seperti belon keluar angin kedengaran.. haha .. dah boleh teka kan .. terus kayu aku jadinye menahan malu.. betul la bak kate orang ‘bile kita cantik tak siapa tengok, bile kita kentot semua mata memandang’.. haha .. eh story belum habis lagi lah.. lepas tu, teacher tanya ‘whose that? Bunyi lori ke?’ .. dalam hati, alamak! Gila la aku.. tak tau malu seh kentot kat depan orang ramai, dalam kelas pulak tu.. soalan teacher tu aku iyekan aje.. hahaha.. then terus minta izin nak ke tandas.. muka tembok je mase tu.. lama oh aku kat dalam tandas.. bukan buat ape pon.. tengah pikir cara nak menutup malu.. teragak-agak nak keluar... ah lantak la ape nak jadi, jadilah.. takkan nak duduk dalam tandas ni sampai esok.. bukak je pintu tandas..
‘Oo mak pocot kau!! Teacher ! sorry’ Teacher berdiri betul betul depan pintu tandas.. mak ai !! tunggu aku keluar tandas ke?
‘you yang kentot kan tadi’
Diam..
‘next time jangan menipu lagi okay.. tak baik’
‘I’m sorry teacher’
Boleh pengsan aku dibuatnya dalam tandas tadi.. Kalau yang berdiri tu Tom Cruise takpe jugak.. Alamak! Melting tak beku pulak nanti.. LOL >_<..
Itu lah Antara kisah yang masih segar dalam slot memory aku.. hahaha.. better aku mengaku je waktu tu.. tak perlu cover malu bagai nak cari 1001 alasan.. learned lesson..
Friday, 31 January 2014
Terkenang yang Lalu
Assalamualaikum semua. tamatlah sudah sebulan dalam tahun ini (2014) .. dalam jangka masa sebulan macam-macam hal jadi .. lumrah kehidupan ..
Bila fikir pasal tahun ni.. mulelah terkenang masa yang lalu .. the best memories between family .. haishh .. saje nak bercerita.. moment paling best last year .. mase aku with my sistah and the two others cousin kiteorang buat cupcake and tart .. macam-macam jenis kiteorang buat .. acehh .. kalau dulu memang tak minat masak .. tetiba bile tgok orang buat.. cem seronok jerr .. lagi-lagi kalau buat tu dengan family.. pastu boleh dikatakan hari-hari kiteorang masak kat rumah .. bayangkan bila dah ramai anak dara duduk dapur jadi macam mane .. HAVOC oh !! then, bila dah pro sket buat manisan cem gini terdetik pulak nak jual kat sekolah.. bincang with ma and pa about kiteorang punye plan ni.. at first memang the answer is NO !! then, bila pujuk rayu bagai .. alhamdulillah .. kehendak dipenuhi .. hah ni dia gambar-gambar hasil air tangan kami sendiri ..
Bila fikir pasal tahun ni.. mulelah terkenang masa yang lalu .. the best memories between family .. haishh .. saje nak bercerita.. moment paling best last year .. mase aku with my sistah and the two others cousin kiteorang buat cupcake and tart .. macam-macam jenis kiteorang buat .. acehh .. kalau dulu memang tak minat masak .. tetiba bile tgok orang buat.. cem seronok jerr .. lagi-lagi kalau buat tu dengan family.. pastu boleh dikatakan hari-hari kiteorang masak kat rumah .. bayangkan bila dah ramai anak dara duduk dapur jadi macam mane .. HAVOC oh !! then, bila dah pro sket buat manisan cem gini terdetik pulak nak jual kat sekolah.. bincang with ma and pa about kiteorang punye plan ni.. at first memang the answer is NO !! then, bila pujuk rayu bagai .. alhamdulillah .. kehendak dipenuhi .. hah ni dia gambar-gambar hasil air tangan kami sendiri ..
First picture ni .. gambar header facebook page Bakerland Corner kiteorang
Haa .. yang ni BLUEBERRY CHEESE TART .. my favourite menu ^_^
CHOCOLATE TART .. yang ni kiteorang buat plan punye .. takde toping ..
This one.. RED VELVET CAKE .. terliur kann .. huishh ..
Actually banyak lagi yang kiteorang buat .. tapi hanya ini yang mampu disiarkan .. memang tak dinafikan penat buat semua ni tambah dengan study lagi .. tapi kene pandai devide masa la.. paling best .. buat 45 minit satu hidangan, habis tak sampai setengah jam.. suatu kepuasan.. ini semua cerita last year .. tahun nie exam besar .. so, bisnes ni terpaksa dihentikan.. pengalaman yang tak lama ni pun da cukup memuaskan .. haaa !!! baru rasee oiii betapa susahnya cari duit.. dapat merase duit titik peluh sendiri ..
Kalau lah aku dapat merasa keperitan bekerja mencari duit dulu.. kesusahan mama dan abah besarkan aku.. haila.. takkan ku bazirkan wang beli benda tak berfaedah.. haha.. dengar macam kelakar je.. tapi tahap berfikir tu mungkin boleh dikategorikan aras tinggi.. Moga kita sama-sama dapat menabur bakti sebagai seorang anak tatkala dewasa kelak.. Ameen..
Kalau lah aku dapat merasa keperitan bekerja mencari duit dulu.. kesusahan mama dan abah besarkan aku.. haila.. takkan ku bazirkan wang beli benda tak berfaedah.. haha.. dengar macam kelakar je.. tapi tahap berfikir tu mungkin boleh dikategorikan aras tinggi.. Moga kita sama-sama dapat menabur bakti sebagai seorang anak tatkala dewasa kelak.. Ameen..
Subscribe to:
Comments (Atom)



