Friday, 4 April 2014
Persahabatan
Kebencian membawa padah.. lebih parah bila disalut dendam.. bila teringatkan zaman sekolah rendah aku, mesti ade je istilah Best Friend Forever a.k.a BFF .. hahaha.. bila dah naik sekolah menengah, yang dulu tu lenyap entah ke mana.. haih.. kalau difikirkan semula, mase tu aku masih mentah lagi.. mungkin tak kenal erti sahabat.. ade kalanye sampai sekarang pun masih ragu-ragu dengan istilah dan definisi sahabat tu..
Kata Pahrol Mohd Juoi, beliau menegaskan bahawa ‘mencari sahabat yang baik, sama seperti ingin mendapat isteri yang solehah.. keinginan dan cita-cita sesiapa pun ada, tetapi untuk mendapatkannya agak sukar.. sesukar mencari gagak putih..’ dan yang paling aku ingat laa bijak pandai pun ada kata ‘jadilah soleh, insyaAllah akan datang solehah untuk kita’ so, sama jugaklah dalam konsep persahabatan ‘jadilah sahabat yang baik, bukan carilah sahabat yang baik.’
Kalau kita nak berubah kearah yang lebih baik, cuba check semula siapa yang ada di sekeliling kita.. Nabi Muhammad s.a.w pernah berpesan, ‘agama seseorang ditentukan juga oleh siapa sahabatnya?’.. so, kalau kita nak tukar komitmen kita dalam beragama, kita perlu menukar ‘sahabat’ kita.. kalau bersamanya kita tak bertambah baik tambah lagi kadang-kadang tu merosak, jangan takut untuk tinggalkan dia..
Tapi agak-agak la pun kalau nak tinggalkan dia.. jangan sampai hati dia terasa atau terluka.. jaga perasaan dia.. bukan sebab takutkan sikap jahat dia berjangkit kat kita tapi lebih baik jangan jahat kita pulak yang berjangkit pada dia... Beliau (Pahrol Mohd Juoi) ada juga memberi perumpamaan ‘persahabatan itu umpama sebuah perkahwinan. Jika sudah tidak serasi, maka bercerailah’ .. tapi nak cerai tu biarlah dengan cara baik dan jangan sesekali wujud perasaan membenci.. mungkin si dia tu akan hadirnya seorang sahabat yang lebih baik daripada kita dan begitu jugak dengan kita..
Tau tak ape Nabi Muhammad s.a.w buat bile berhadapan dengan makanan yang baginda tak suka? Baginda akan tinggalkan makanan tersebut tapi sikit pun baginda tak mengecam makanan tu.. agak-agak kita la eh, mesti dah kritik panjang lebar, bidas itu ini tambah lagi mencela pulak makanan tu.. haih.. muhasabah diri.. mungkin Nampak macam takde kene mengena dengan konteks persahabatan ni.. tapi aku anggap sebagai panduan.. tinggalkan ape yang kita tak suka tapi jangan sesekali membenci.. Ingat!! BENCI ITU VIRUS DALAM HATI DAN EMOSI.. Padahal keseronokan, keceriaan, dan indah-indah itu ade je di mana-mana tapi si pembenci takkan dapat melihat malah merasanya..
Why must we divorce somebody as a best friend? Liku kehidupan.. wujudnya pelbagai jenis manusia untuk menguji kita.. kalau ditakdirkan manusia yang macam tu pandai bermuka-muka. Kau dapat rasekan die tu sebagai seorang sahabat, so kau longgokkan semua kepercayaan, amanah dan kesetiaan pada die.. (macam tu lah kan dalam konteks persahabatan?) Ooohh !! kalau macam tu lah jadinye, kau seolah-olah bagi die ‘senjata’ paling bahaya untuk tikam diri kau sendiri.
Jangan lah sekali-kali kau lupa, kesalahan paling besar dalam perhubungan bila kau anggap pandangan, persepsi, rasa hati dan fikiran orang lain sama dengan kau. Itu silap besar. Jangan silap beri amanah. Hanya sebab senyuman dia yang manis, pujian yang tinggi melangit, simpati dan empati yang melimpah, kau kalah. Tak berupaya nak kata tidak, even dia dah hancurkan benteng hak kau yang sangat peribadi..
Dengan bertopeng-topeng, kau akan sentiasa dieksploitasi dan dimanipulasi.. Jaga-jaga !! kesabaran tak menafikan kebijaksanaan. If kau terus pendam, same je macam simpan musuh dalam selimut.. kalau kita kuat, sabar dan tabah insyaAllah indah akhirnya.. tapi if hati, jiwa, perasaan kau rosak sebabnya, jarakkan diri.. jangan sabar membunuh kebijaksanaan dan kewarasan..
Ada yang bertanye.. cerai dalam sahabat tu ape maknenye? Eh, jangan salah faham pulak.. bercerai tu bukan maksudnya putuskan hubungan silaturrahim.. berat dosanye weii.. cerai tu maksudnya kau letakkan satu jarak yang lebih jauh daripada sebelumnya antara kau dan dia.. tak salah ade ramai sahabat.. tapi kita kene pandai kategorikan diorang ni.. ceh.. kene ke macam tu? .. terpulanglah la kalau nak buat ke tak.. untuk sahabat yang ini kita kasi jarak yang macam ni, kite kongsikan perkara tertentu je.. untuk sahabat yang tu pulak jaraknye macam ni, kite kongsi pulak perkara lain.. jangan lah bendul sangat.. maksud aku bukan kau kene bagitau die ‘eh kau kalau dengan aku please 5 meter dari aku’ ‘kau pulak, dekat kurang semeter pun takpe’.. haishhh ni dah tahap kritikal dah ni..
Hubungan sesame manusia ni perkara ‘jangan lakukan’ lebih utama dijaga kalau nak dibandingkan dengan hal ‘hendaklah dilakukan’. Jangan mengumpat orang, lebih utama dijaga daripada menolong orang.. jangan hasad dengki lebih patut didahulukan daripada rasa simpati dan empati. Jangan membenci mesti dipentingkan daripada menasihat.. Dalam Persahabatan; Jangan meruntuh itu lebih baik daripada membina!
Aku pernah jumpe sorang insan ni.. dia ni memang suka tolong orang susah.. tapi bila orang yang dia tolong tu dah senang, dia mulalah timbul hasad dengki, mengumpat dan mencela di belakang.. betullah hukama ade mengatakan berasa susah dengan kesusahan orang lain itu sebenarnye agak mudah kalau nak dibandingkan untuk berasa senang dengan kesenangan orang lain.. nikmat itu selalunya dihasad..
Dalam persahabatan, kau mesti kene kenal antara kelemahan dan kejahatan.. yang lemah itu memang biasa – kau pun mesti ade kelemahan, shabat pun macam tu jugak.. jangan inginkan satu kesempurnaan.. kita bukan bersahabat dengan malaikat.. tapi dengan manusia 1001 kelemahan.. kadang-kadang tu kita terpaksa berhadapan dengan marah, rajuk, pelupa, pemboros dan macam-macam kerenah lahh.. semua tu patut kita lalui.. kasih tak menjadikan kita buta dengan kelemahan tapi sebaliknya terima dengan wajar..
Ape nak buat?.. sudah ‘jodoh’ kita dengan orang macam tu.. takdir.. sabar je lah.. seperti mana kita bersabar dengan die, macam tu jugaklah die bersabar dengan kita.. dia bermuhajadah.. kite sama-sama tahu ‘piawaian’ manusia yang syumul, tapi kitae sama-sama masih merangkak mencapai piawaian itu..
Untuk hadap masalah cem gini, pegang analogi ni .. hubungan kita dengan-Nya umpama hubungan tangan kiri dan kanan. Kadang-kadang tangan kiri kotor, tangan kanan pun kotor.. macam mane nak bersihkan kedua-duanya? Yes betul ! kita temukan dan bergeser antara satu sama lain.. itu yang kita buat mase cuci tangan kan..
Bersih jugak tangan tu kerana geseran itu rupa-rupanya saling membersihkan.. itulah hikmah geseran dalam persahabatan.. kelemahan kalaupun tak dapat nak atasi tapi dapat diterima dengan rela dan redha.. tapi kene hati-hati.. hah! Dengan kejahatan terutamanya kalau ada orang yang dah plan nak gunakan kau, laga-lagakan kau, sekat laluan, sabotaj dan paling malang kalau dah berani melampaui batas dengan taktik memijak kau untuk melonjak diri sendiri atau agenda yang tersendiri..
Ni dah bukan kelemahan namenye.. ni dah kira satu kesalahan.. berdoalah agar dijauhkan orang yang sebegini… kita tak boleh sesekali membenci tapi jangan lah pulak disengat oleh kebencian berkali-kali. HIDUP TERLALU SINGKAT UNTUK MEMBENCI bukan?..
Jagalah Allah dalam perhubungan dengan selalu menjaga syariatnya dalam persahabatan.. Biarlah hukum halal, haram, sunat, makruh, harus itu sentiasa dijadikan rujukan.. ke situlah kita merujuk bila berhadapan dengan masalah.. dalam hubungan sesame makhluk, Khaliq mestilah menjadi pengikatnya. Iman itu mengikat hati manusia umpama ‘simen’ yang melekatkan batu bata.. kalau simen takde, mana kan batu bata tu akan tersusun dan berpadu.. Jangan melupakan Allah dalam memburu kasih sayang manusia sebab dengan melupakan kasih Allah, kita akan gagal merebut kasih manusia.. bila melihat kebaikan sahabat, rasailah itu hakikatnya kebaikan Allah.. tapi bila melihat kejahatan atau kelemahannya, percayalah.. itulah cara Allah menguji kita.. dengan itu, mudahlah kita hapuskan sengketa.. Renung-renungkanlah..
Sumber: nukilan dari karya Pahrol Mohd Juoi (Diubahsuai mengikut penulisan pemilik blog)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment